Hobbi Saya
Hobbi Saya=Mendengar muzik,mengumpul aksesori,bermain komputer.
Hobi yang amat saya menggemari ialah mendengar muzik.Saya gemar mendengar muzik apabila berasa bosan,dalam keadaaan letih atau hendak tidur.Saya sering mendengar muzik yang rancak apabila berasa bosan.Saya amat gemar alunan muzik yang rancak.Saya amat meminati PCD.Lagunya yang rancak membuat saya asyik mendengar iaitu lagu pertama kumpulan PCD,"Don't Cha".Sejak mendengar lagu itu,saya mula meminati kumpulan itu.
Selain mendengar muzik,saya juga sering mengumpul aksesori.Saya gemar warna hitam,merah dan merah jambu.Kebanyakan warna aksesori saya adalah warna-warna itu.Aksesori yang sering saya guna ialah gelang dan rantai.Saya menggunakan aksesori itu jika pergi ke kedai membeli-belah.Kadang-kala,sepupu saya akan menghadiahkan aksesori seperti rantai di hari lahir saya.Saya berasa amat gembira setelah mendapat hadiah itu.Sehingga kini semua aksesori telah disimpan dengan baik dalam kotak kecil yang berwarna merah.
Bermain komputer juga adalah salah satu hobi yang saya minati.Saya bermain komputer setelah menyelesaikan kerja rumah.Saya sering melayari internet untuk bermain Facebook dan lain-lain lagi.Saya gemar bermain Sims 2.Saya sering bermain komputer setelah peperiksaan sudah selesai.Jika kita bermain komputer dalam masa yang terlalu lama,ini akan merosakkan mata kita.Ini tidak baik untuk mata kita.Kita harus berehat dahulu.
Semua orang pasti ada hobi yang tersendiri dan unik.Pasti remaja kini gemar mendengar muzik seperti saya.
Wednesday, August 26, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)